Quantcast
Channel: SHAHADA FAUZI | Personal & Lifestyle Blogger
Viewing all 239 articles
Browse latest View live

Tips to look for en bloc developments

$
0
0

With recent property market in Singapore, there are few warnings of oversupply in year 2018 and luxury home like Archipelago price increased. Over the past few years, the government has stepped into regulating the cooling measures for the property market. However, the recent one in July by tightening the loan-to-value and raising additional buyer stamp duty (ABSD) rates.

Besides, way before the measures are implemented, there was an en bloc fever going strong with the rise of property stocks late last year. Every developer are doing shopping looking for en bloc to buy but after the announcement of the cooling measures, the fever of buying has gone slow.

So, if all this depressing news still hasn’t curbed your appetite for collective sale. There still be opportunities for en bloc in the subsequent cycle. It is always worth keeping a look out and to be prepared even if it is 10 years early.




Tips to spot collective sales

1.       Small sites

Smaller sites will be more attractive to developers because it involves smaller risks. The factors that will influence developers decision from buying the sites are transaction costs, construction costs and the current cooling measures how it will affect the development profit.

For instances, large developments like Braddell View where owners are hoping to get $2billion for it, huge sum that any developers could digest. The size of the project looks like substantial risk although the sprawling size of the land with very near proximity and accessibility to several MRT stations. The latest cooling measures which is the raised of Additional Buyer Stamp Duty (ABSD) is now 25% plus interest.

Well, if the developer fails to compete project or sell all its units within 5 years of buying the site. So imagine if the project has 2,000 units, developers are under pressure into selling off all the 2,000 units and it is not the easiest task.

Thus, the smaller the sites, the less risky to developers due to amount of capital needed as well as the amount of units that need to be sold and built. Lucky that Archipelago has got only 577 units, less density and small site.


2.       Undersupply of new homes

Look around for the area that has few or little new residential properties or that has not had a new condo launches in some time. One way to search for this is by researching by finding the condos and looking at those areas that are lack of supply for new homes. Developers will be looking for areas that are in need of residential housing for some opportunities.


3.       Plot ratio

Plot ratio is crucial to look at it for the collective sale to happen. This is due to plot ratio in Singapore the main factor to determine the land’s values. Thus, the higher the plot ratio, the higher and more you can build.

For example, if the developer is looking at the potential value of development, plot ratio is taken and multiply it by the land size to find Gross Floor Area (GFA). So, with a plot ratio of 2.8 and land size of 100,000 square feet which will result in a GFA of 280,000. You can find out the plot ratio of the land from URA by simply searching the property and it will extract out the location and plot ratio for you.


4.       Older developments

Plentiful of young buyers shun by older developments due to the look or lack of facilities but truth is many older developments have great value. If you’re looking to stay in certain area where most of the older development time has lower PSF than the newer units nearby. Developers are more interested into buying older developments due to the PSF range will be lower and cheaper to purchase and redevelop.

Besides the plot ratios of the older developments are set back then but it can be change over the years by Government in the Master Plan which it will be revised upwards. Apart from that, the constant upkeeping and maintenance for the older developments are not cheap which causes the residents to sell off and upgrade their property.


5.       Redevelopment area

Property’s value increase through potential redevelopments in the area. With the new transport development like new MRT line and stations or branded schools permanent relocation or even the line of amenities like shopping malls that will increase the property value.

Just like recent earlier this year the Punggol digital district was announced to open from 2023 that creates 28,000 new jobs and additional leisure and retail spots that will spillover into residential units around the area. The redevelopment of the location will be taking place.


Tukar Jenama

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Buat yang dah lama follow CikSha, mesti dah tahu pasal kerja freelance design yang CikSha duk buat ni. Lama dah sebenarnya. Dari tahun 2011 lagi. Bermula secara underground, sampai la dah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kerja ni CikSha buat secara part time  je memula. Sebab dulu masih bekerja dengan sebuah NGO under Universiti Sains Malaysia. Kena fokus lebih kepada kerja hakiki la.


Tapi bila dah berkahwin, CikSha terpaksa berhenti kerja di NGO tersebut sebab kena follow suami tinggal di Terengganu. Kerja freelance design  ni pun CikSha hold sebab mengandung. Ada la dalam setahun lebih jugak menyepi dari buat kerja ni. Hilang arah kejap. Lepas tu rasa macam nak start balik sebab dah kebosanan duduk rumah jadi surirumah. Padahal orang dah biasa pegang duit kan. Itu yang menggagau nak start balik buat kerja freelance ni. Lagipun minat. Memang tak boleh nak buang cam gitu je.


Dulu CikSha  guna RSCD a.k.a RSCreative Design sebagai jenama. RSCreative tu ambik dari nama kompeni RSCreative Enterprise yang CikSha daftarkan untuk kerja ni. Lepas tu tambah Design je kat belakang. Sekarang dah tukar ke SF Design Lab. Bersempena nama CikSha sendiri Shahada Fauzi (SF).


Kenapa? Sebab CikSha buat kerja ni kan secara lone ranger. Jadi guna nama sendiri je la. Tapi tukar pi la nama jenama apa pun, tetap la kerja ni berdaftar di bawah RSCreative Enterprise. Jadi, jangan le takut na. CikSha buat kerja secara legal tau. Dah tak underground  lagi. Takut aih kena saman. Hihi.



Oh, sebenarnya nak bagitau CikSha dah buat blog khas untuk kerja freelance design CikSha ni. Boleh la skodeng kat sfdesignlab.blogspot.com. Senang sikit buat satu blog khas untuk sumbat semua hasil kerja CikSha kat situ. Lebih khusus. Bakal clients nak tengok pun senang sikit. Takde la bercampur aduk dengan entri blog personal CikSha yang carca marba ni. Fening kan? Hihi. Tapi blog tu masih dalam proses kemaskini lagi. Belum siap sepenuhnya. InsyaAllah akan siapkan dalam masa terdekat.


Untuk pengetahuan semua, CikSha masih buat kerja ni secara part time. Sebabnya pepaham je la kalau bekerja dari rumah ni. Cabaran dia tu fuhhhh boleh keluar peluh jantan. Masih kena fokus dengan kerja hakiki sebagai seorang surirumah yang kerjanya takkan pernah habes. Lepas tu, CikSha kan ada 3 ketoi askar kecik nak kena bagi perhatian istimewa. Maklum le depa belum sekolah lagi. Ada pulak sorang yang extra special tu.Siapa lagi kalau bukan si encem Iman.


Jadinya, pada yang berhajat nak upah CikSha yang tangan sakti bila buat design  ni, memang wajib ada tahap kesabaran yang super tinggi tau. Kerja CikSha memang lambat. Secara jujur nya CikSha berterus terang. Memang tak ambik kerja yang rushing. CikSha buat kerja ni rileks rileks je. Takmau tekanan. Baru la hasil kerja CikSha meletop-letop. Gituuu. Perasan sangat! Hihi.


Terima kasih pada semua clients yang pernah berurusan dengan CikSha. Anda semua memang super cool sebab boleh sabar dengan ke'siput'an CikSha buat kerja. Pada yang bakal nak jadi clients tu pun harapnya lagi awesome  tahap kesabaran nya tu. Hihi. Love ya!


Bisik-bisik :: InsyaAllah kalau ada rezeki nak melangkah lebih jauh.

Cuti-cuti di Ada Hotel & Apartment | Simple, Comfortable, Affordable

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Hari tu kan CikSha bawak famili kecik CikSha yang sweet ni pi bermalam kat Ada Hotel & Apartment, Kuala Terengganu. Ala-ala pi bercuti gitu. Maklum la kami kan tinggal kat Kuala Berang. Kalau nak turun ke bandar Kuala Terengganu ambil masa dalam 50 minit jugak. Jadi kita bajet ala-ala melancong la gitu. Padahal dalam Ganu jugak. Hihi.


Eh. Ingat tak boleh ke? Bajet tak banyak nak pi bercuti kat tempat jauh-jauh, kita main check in hotel dekat-dekat pun ok apa. Sesekali merasa tidur suasana lain dari kebiasaan kat rumah. Kemain seronok anak-anak. Sebab kami suami isteri tak selalu berkesempatan nak bawak anak jalan-jalan makan angin. Check in hotel sana sini. Kerja sendiri ni lagi bizi dari kerja kat organisasi tau. Maklum la, kalau tak kerja duit pun yilek pocit.





By the way, bukan CikSha sefamili je tau yang 'bercuti'stay kat Ada Hotel & Apartment tu. Famili member blogger dari Team Blogger Pantai Timur(BPT) pun join sekali. Sebenarnya dia yang ajak CikSha. Nak tahu siapa? Dia ialah Sis Gee a.k.a admin Team BPT penulis >blog www.sisgee.com<. Kalau tak kerana dia, ingat CikSha berpeluang ke merasa tidur hotel ni. Mekaseh Sis Gee sebab ajak kita. Love you! Oh. Sebab ni jugak CikSha dapat jumpa dia secara bertentang mata untuk kali pertama.


Best ke tak bermalam kat Ada Hotel & Apartment? Ni CikSha nak kongsi dengan korang la ni. Beware. Entri ni bakal panjang berjela-jela. Maklum la orang kuat membebel yang buat review. Hihi. So, here we go!


FIRST IMPRESSION

Sebelum check in, CikSha tunggu famili Sis Gee dulu. Sebab dia kan kepalanya. CikSha follow je. Masuk-masuk je lobi untuk urusan check in kami di sambut mesra oleh staf-staf kat situ. Bagus cara depa layan pelanggan. Sampai ke depan pintu bilik staf depa hantar tau. Ini first impression yang baik.


Masa hari nak check out pun, kami dapat jumpa sendiri dengan owner dia. Nama Shuhada kalau tak salah. ADA tu sempena nama dia. Eh eh. Kebetulan sangat kan sama dengan nickname CikSha. Tetiba perasan hotel tu guwe yang punya. Tetiba. Hihi.  

Pemilik Hotel, Cik Ada dan staf-staf nya


Frontdesk di lobi


BILIK YANG SIMPLE DAN SELESA

CikSha sefamili dapat menginap di bilik Superior Family. Kira ngam sangat la tu. Katil besar dapat kat suami dengan 2 hero kecik Abang Adan dan si encem Iman. Katil single dapat kat CikSha dengan cik Merah. 


Bilik dia memang bersih. Tak semak dengan perabot. Yang paling penting ada ruang untuk solat. Tandas dengan bilik mandi dia terlebih selesa sangat. Cik Merah siap pi merangkak masuk situ cari mak nye ni ha. Sabor je la. Sebab luas dan bersih tau. Berasingan pulak tu. Takde la nak berebut masuk siapa nak mandi, siapa nak melepas hajat. Hihi.


Hei cik Merah! Ummi spotted you! Hahaha


The happy boys. Abang Adan dan si encem Iman.


Tandas dan bilik mandi yang super selesa.

 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI ADA HOTEL & APARTMENT

Nak tahu tak, bersebelahan hotel dan apartment ni ada Butik Telekung Siti Khatijah dan Spa tau. Milik owner hotel ni jugak. Kalau rasa nak shopping telekung baru, boleh pi kat butik sebelah lobi tu. Kalau rasa nak memanjakan diri sekejap, boleh pi kat Spa nya pulak. Best kan? Hihi.


Selain tu, kat hotel ni ada menyediakan bilik seminar untuk di sewa. Boleh sewa untuk mesyuarat ke, kelas mekap ke, seminar bisnes pun boleh. Yang kecik-kecik punya. Kapasiti bilik seminar tu boleh memuatkan seramai 20-25 orang. Kalau tak salah CikSha staf dia maklumkan harga sewaan dalam RM80/sehari. Kira berpatutan sangat tu. Ok sangat la kan?


Oh ya. Bilik seminar ni pagi-pagi dijadikan tempat pelanggan untuk breakfast. Ada breakfast percuma untuk setiap 2 orang penghuni bilik. Kalau nak tambah extra kepala, cas yang dikenakan RM6/person. Murah sangat tu. 


Surau pun ada jugak disediakan tau. Untuk yang nak rasa lebih selesa menunaikan ibadah kalau rasa ruangan kat bilik penginapan tu limited. Cik Ada cakap dia buat macam ni sebab nak pelanggan rasa selesa. Ada ciri-ciri islamik. Bagus kan?


Butik Telekung Siti Khatijah milik Cik Ada, pemilik Hotel Ada & Apartment


Bilik seminar yang boleh di sewa untuk sebarang acara. Bilik ini juga dijadikan tempat untuk para pelanggan bersarapan pagi. Kat belakang tu surau.


Surau yang disediakan untuk pelanggan yang menginap di bilik single yang ruangan nya limited. Bersih dan selesa.


LOKASI YANG STRATEGIK


Pada pandangan CikSha, lokasi Ada Hotel & Apartment ni sangat strategik. Hotel ni terletak di Dataran Austin, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. CikSha risik-risik jugak la dekat suami apa yang ada kat kawasan tu. Sebab suami kan orang Ganu. Mesti la dia tahu kan serba sedikit. CikSha memang zero la sebab cheq kan orang Penang. Ganu pun tak habes jelajah lagi. Nak tahu kenapa CikSha cakap strategik, teruskan membaca ye.




Berdekatan Dengan Deretan Butik Yang Awesome 

Nak tahu tak? Sekitar Ada Hotel & Apartment ni ada banyak sangat butik yang mengancam jiwa dan merabakkan poket. Hihi. Macam-macam ada. Butik JannahNoe, Muslimah Clothing, Imaan Boutique, Rinasalleh, Zawara, Ariani, Jakel, Haqqi, Qaira Hijab, Jubah Souq, Fana Couture, Rayyan Haya, Bokitta Hijab, dan banyak lagi butik fesyen kegemaran ramai ada kat sini. Kalau tak minat beli online, haaaa kat sini la wajib terjah pi cuci mata depan-depan.


Banyak Restoran Pilihan

Yang ni memang tak perlu risau. Takde nya kelaparan. Banyak tau restoran makanan yang best kat sekitar tu. Ada banyak restoran tempatan. Kalau nak best lagi boleh menapak ke Mydin Mall. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Pizza Hut, KFC, A&W, Restoran Nasi Kandar, Chicken Rice Shop, Marrybrown, Lollipop Cafe, dan banyak lagi pilihan. Ya ampunnnn. Banyak ok!


Pelbagai Kemudahan Lain

Tetiba emergency, nak keluarkan duit ke nak beli ubat ke, tak perlu susah hati. Sebab terdapat kemudahan tu semua berdekatan dengan hotel. Farmasi, klinik, bank, ATM, stesen minyak, playground, masjid dekat je dengan Ada Hotel & Apartment ni.


Dekat dengan Lapangan Terbang

Dari Ada Hotel & Apartment ni nak ke lapangan terbang dekat sangat. Dalam 10 minit perjalanan. Kalau datang Ganu nak cuti-cuti naik flight, CikSha recommend sangat korang stay kat hotel ni. Jadi bila dah puas jenjalan kat Ganu, nak check out dari hotel ke airport tak payah rushing takut tertinggal flight ke apa. Nak dapatkan kemudahan teksi pun mudah jugak. Dan cas pun mesti tak mahal.


Berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni spot paling awesome kat Ganu ni tau. Ada banyak kedai makan celup-celup tepung yang popular sangat tu. Pilih je nak pi makan kedai mana. Selain tu ada aktiviti menarik yang lain boleh buat kat situ. Nak naik kuda ke, nak selpi selpot kat buaian viral, naik kereta kuda berhias, main layang-layang. Ikut uska la nak buat aktiviti apa pun. Seronok kan?



PILIHAN BILIK PENGINAPAN 


Ada terdapat 6 pilihan penginapan kat Ada Hotel & Apartment ni. Pilih je yang mana sesuai dengan bajet. Harga sangat la berpatutan tau. Tak mahal pun. Dengan ciri bilik yang bersih, selesa dan kemas. Kemudahan pun ok. For me, it's worth it!

Pilihan penginapan di Ada Hotel & Apartment


Sebelum balik, CikSha dengan Sis Gee sempat pi skodeng Aparment kat situ tau. Staf dia bawak. Hihi. Menyempat tu. Cozy gila apartment dia. Lengkap semua kemudahan. Ada dapur, ruang makan, 2 bilik tidur dengan bathroom sendiri, ruang tamu. Padan pun ada yang sewa sampai setahun kat situ. Memang terlebih selesa sangat. I like! Ada rezeki kalau famili CikSha mai sini boleh bawak depa stay kat apartment ni. Kita menerai tidur kat apartment pulak. Hihi.

Apartment yang CikSha dengan SisGee pi skodeng. Apartment ni je yang kosong. Yang lain dah disewa orang.


WAJIB ADA DALAM SENARAI PENGINAPAN PILIHAN

Kesimpulannya, CikSha sangat-sangat-sangat syorkan korang masukkan Ada Hotel & Apartment ni dalam senarai pilihan penginapan bila nak datang cuti-cuti kat Terengganu. Cuba tau! Sewa berpatutan, penginapan yang selesa dan bersih serta terdapat pelbagai kemudahan yang memang terbaik.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh la skodeng info kat bawah ni :

Instagram : @adahotelapartment
Telefon : 09-667 1111 / 013-986 6276



Bisik-bisik :: Sesekali dapat sponsor penginapan macam ni bila bercuti memang syok sangat!

Komuniti Blogger Terbaik | Team Blogger Pantai Timur

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni kan, CikSha duk tanam azam baru. Nak kembali aktif menulis blog macam dulu masa bebujang tu. At least dapat tulis satu entri sehari pun dah ok dah. Biar nampak hidup sikit blog ai yang suwit muwit ni. Baru la client skodeng pun rasa macam berbaloi nak bagi CikSha job, kan?


Blog ni salah satu punca rezeki CikSha. Banyak dah rezeki masuk melalui blog ni. Jadi rasa macam ruginya kalau tak belai dia elok-elok. Bagi dia suapan entri selalu supaya nampak aktif. Lagipun, sejak CikSha join satu komuniti blogger ni, banyak jugak job dapat dari situ. Admin dan ahli lain sangat la suka berkongsi rezeki kalau depa tahu ada job dari mana-mana client yang nak pakai blogger sebagai influencer.


Sepanjang dah 8 tahun berkecimpus dalam dunia blog ni, CikSha sebenarnya dah join 2 komuniti blogger tau. Dua-dua komuniti blogger ni bukan guna nama individu. Depa lebih fokus kepada negeri camtu. Jadi komuniti blogger ni akan kumpul bloger-blogger dari negeri berdekatan.


Masa bujang dulu CikSha join Kami Blogger Utagha (KBU). Pengasasnya penulis blog bernama Gadis Kampung Separa Bandar (GKSB). Komuniti blogger ni mengumpulkan penulis-penulis blog dari negeri utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis). KBU dulu suka buat aktiviti charity dan meet up ahli. Sekarang CikSha tak pasti la komuniti blogger ni masih aktif atau tak sebab dah lama menyepi. CikSha pun lepas kahwen tak berapa aktif berblog dah. Ni baru nak start balik.




Bila dah berhijrah ke Terengganu ni, otomatik CikSha jadi orang pantai timur celup la. Hihi. Tu sebab tetiba jadi ahli dalam komuniti blogger Team Blogger Pantai Timur (BPT) tu. Team BPT ni mengumpulkan blogger dari negeri pantai timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Sebenarnya baru jugak CikSha join Team BPT ni. Bulan Ogos 2018 kalau tak salah. Tu pun tetiba je offer diri sendiri kat admin Team BPT Sis Awa {www.sishawa.com} bila dia announce kalau ada mana-mana blogger dari Pantai Timur yang nak join. CikSha kan orang pantai timur celup. Tu muka tak malu tu nak join jugak. Hihi.


Lepas kena intebiu sikit dengan admin, baru la diterima untuk jadi ahli Team BPT. Nebes iols siap kena intebiu. Sebab depa tak ambik sebarangan blogger tau. Blogger yang betul-betul menepati syarat je yang dipilih. Semua ni demi menjaga nama baik dan kredibiliti Team BPT sendiri. Ahli-ahli dalam team ni pun bukan calang-calang orang. Ada macam-macam latar belakang. Yang power kerja hebat-hebat pun ada. Terasa kerdil diri ku ini yang cuma surirumah je. Tapi depa semua cool. Itu yang terbaik tu.


Sebenarnya, banyak je komuniti blogger lain yang bagus-bagus. Atas diri kita sendiri naik join yang mana. Yang penting komuniti blogger tu menjaga ukhwah sesama ahli dan berkongsi rezeki sama-sama. Tak cari pasal dengan komuniti blogger lain. Kalau boleh bekerjasama lagi molek sangat. Sebab pada CikSha, blogger ni bukan biasa-biasa punya influencer. Dari penulisan di blog masing-masing kita boleh tahu kekuatan penulisan depa tang mana. Gitu laaa.


Walau camna pun, KBU masih tetap di hati walaupun dah menyepi. Sekarang kita in love dengan Team BPT pulak. Eh. Bukan curang atau beralih arah tau. Dua-dua CikSha sayang. Hihi.


Bisik-bisik :: Jadi penulis blog ni bukan setakat menulis ja. Kena bertanggungjawab dengan penulisan yang ditulis juga. Hati-hati dengan jari tau!

Pap Smear | Pengalaman Sendiri. Ngeri ke Tak?

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Lama dah nak tulis pasal ni. Nak kongsi pengalaman sendiri buat Ujian Pap Smear. Sepanjang dah 5 tahun berkahwin dan dah memberanakkan 3 'malaikat' kecik CikSha tu, baru 2 kali CikSha buat ujian Pap Smear.


Masa pertama kali dengar tu kan, ya ampunnnnn ngerinya rasa. Seingat CikSha masa tu beberapa bulan lepas lahirkan abang Adan. Tahun 2014. Nurse pesan suruh datang buat ujian pap smear, sampai kesudah CikSha buat derk je sebab takut punya pasal. Duk baca momokan bebukan sampai takut ha. Tup tup termengandung si encem Iman, tak jadi buat. Hihi.


Kali kedua dengar pasal pap smear lepas lahirkan si encem Iman pulak. Tahun 2016. Punya mengelak takmau buat jugak sebab seram, CikSha buat derk lagi sekali. Hampir setahun lebih umur Iman kot. Last nya sampai ke rumah nurse datang tuntut. Buat kat rumah terus. Padan muka! Nak lari sangat kan. Hahaha. Itu lah first time CikSha kena buat pap smear lepas dah 3 tahun lebih kahwin dan ada anak 2.


Rupanya tak sakit pun. Cuma ada rasa tak selesa sikit. Tapi prosedur buat nya tu sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Serius tak sakit. Tetiba je dah siap. Nurse tu pun lembut je buat. Tapi yang first time CikSha buat ni tak dapat resultnya. Mungkin takda apa-apa masalah. Dan rupanya masa tu CikSha tak sedar Cik Merah dah lekat dalam 2 minggu dalam rahim. Tepuk dahi!




Pap smear yang kali kedua, baru je buat bulan September lepas. Yang ni sakit sikit sebab nurse tu usaha dengan bersungguh-sungguh mengikis pangkal rahim iols nak ambik lendir untuk sample. Dia cakap bersih sangat pangkal rahim CikSha sampai sikit je dapat lendir. Huwaaa. Terasa ngilu tau masa dia gigih duk kikis tu.


Esoknya CikSha terkejut gilos sebab tetiba kencing macam ada darah sekali. Huhu. Mujur tak berlarutan. Sehari tu je la jadi macam tu. Takut jugak memula. Gigih meng-google kenapa boleh jadi macam tu. Rupanya, memang boleh jadi macam tu lepas buat pap smear kalau terluka sikit pangkal rahim masa proses ambil sample. Lega sikit rasa. Walaupun pada mulanya takut.


Result belum tahu lagi. Nurse tu kata kalau ada masalah baru dorang call. Ni rasanya dah lebih sebulan lepas buat pap smear. Terlupa nak tanya berapa lama ambil masa nak dapat keputusan dari makmal. Tengok la next visit bulan November ni ke Klinik Kesihatan untuk check up Cik Merah dengan si encem Iman, CikSha cuba tanya. Nak jugak tahu result walaupun takda masalah.


Betul jugak kata orang. Semua atas tangan yang buat, rasa sakit ke tak tu. Yang pertama kali tu dengan nurse muda. Yang kali kedua tu dengan nurse veteran. Dua pengalaman yang berbeza. Serik ke tak CikSha nak buat lagi lain kali? Eh. Rasanya tak la kot. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. CikSha sayang rahim CikSha. Bukan laki nama Rahim na. Hihi.


Sebenarnya kan, perempuan yang dah berkahwin dan beranak ni, memang WAJIB buat pemeriksaan kesihatan rahim. Perempuan yang belum berkahwin tapi aktif dalam hubungan seksual pun digalakkan buat. Haaa. Kenapa tu? Pepaham je la kenapa eh. Tu la sebabnya kita kena buat ujian pap smear. Penting tau! Walaupun pasangan kita jaga kebersihan secret part dia, but we never know kan kalau ada kuman ke virus ke yang menumpang.




Sedikit perkongsian maklumat pasal ujian pap smear CikSha nak korang tahu.

Apa tu Ujian Pap Smear?
Ujian pap smear ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks. Sel abnormal apa tu? Macam jangkitan fungus dan yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser.


Prosedur Ujian Pap Smear tu macam mana?
Elakkan hubungan intim dengan encik suami dalam sehari dua sebelum pergi buat ujian pap smear. Nanti kita akan disuruh baring macam nak check bukaan rahim masa nak beranak. Tenang-tenang je ye. Jangan keraskan badan masa nurse nak masukkan alat (mulut itik a.k.a speculum) yang nak hold bukaan cik bunga kita tu. Memang rasa tak selesa sikit tapi buat derk je la. Hihi. Nanti nurse akan ambik sedikit lendir kat pangkal rahim kita dan letak atas slaid untuk hantar ke makmal. Siap dan tunggu result.


Kesimpulannya, jangan takut ye untuk buat ujian pap smear ni. Jaga kesihatan rahim kita. Rahim kita ni ada satu je. We never know what happen inside. Sebab tu digalakkan buat ujian ni kepada yang dah berkahwin dan yang aktif dengan hubungan intim ni walaupun belum berkahwin. Jaga kebersihan dan juga pemakanan kita.


Peringatan dan amaran keras. Jangan la pi sesuka insert itu ini yang bebukan dalam cik bunga kita ya. Buat pemeriksaan dengan yang pakar kalau rasa ada something is wrong somewhere with your secret part. Get it?


Bisik-bisik :: Kanser serviks ni pembunuh nombor 2 orang perempuan tau. Jangan takut untuk buat ujian pap smear eh. Bayar RM1 je kalau buat kat Klinik Kesihatan Kerajaan. 

Domino's Pizza | Kegemaran kami sekeluarga

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


CikSha sefamili kan, memang suka menggemukkan diri dengan makan pizza. Hihi. Tapi tak selalu la. Macam ada event special macam birthday salah sorang dari kami, KFC atau pizza jadi pilihan untuk meraikan. Sebabnya kami tak makan kek uols. Banyak kali dah bila birthday beli kek last nya kek tu sedekah bagi ayam je makan. Hahaha. Sabo je la.


Tapi kekadang kalau pergi jenjalan kat bandar Kuala Terengganu lepas check up si encem Iman pun, kalau ternampak staf Domino's Pizza kat tepi jalan tu kami confirm berhenti pi memborong pizza kat dia. Lepas tu lepak tepi pantai menikmati keindahan alam sambil makan pizza. Best ooo.


Walaupun nak menikmati Domino's Pizza ni kami sekeluarga kena turun ke bandar Kuala Terengganu, sebab kawasan kami tinggal kat Kuala Berang ni takda store Domino's Pizza, semua tu tak jadi masalah pun. Sebab apa tau? Dulu kalau turun Kuala Terengganu ternampak je staf depa tepi jalan, pi shopping pizza kat situ je tak payah pergi store. Hihi. Tapi sekarang CikSha order melalui online awal-awal sebelum kami turun pergi Kuala Terengganu. Haaa..senang, kan?


Pizza yang di redeem dari kupon sempena kempen It's All About You!

Abang Adan makan tak toleh kiri kanan dah.

Model sambilan ummi. Hihi.


Gambar kat atas ni yang first time order online guna kupon sempena kempen It's All About You. Lepas appointment si encem Iman jumpa doktor pakar bedah kat HSNZ, terus pergi kat store Domino's Pizza kat Jalan Air Jernih nak take away pizza yang order online tu. Tapi tak sempat nak makan terus.


Sebab berkejar nak balik Kuala Berang nak settle kan COD si lazat Chocotainer kat customer. Lepas siap COD baru dapat melepak makan Domino's Pizza yang ambik tu kat tepi sungai Kuala Berang. 2 jam dia duk dalam kereta. Dari panas sampai dah sejuk pizza nya. Tapi yang best tu roti masih lembut tak keras kejung. That's why we love Domino's Pizza!




Yang kat bawah ni pulak second time buat order online. Kebetulan ada urusan kat Unisza Kuala Terengganu. Pergi perjumpaan ibu bapa dengan presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM). Alang-alang tu CikSha decide nak makan pizza lagi la. Beli pizza baru yang Wild West Madness sebab suami nak cuba dengan redeem pizza free yang dapat masa first time order online tempoh hari. Best kan? Boleh dapatkupon free pizza tau kalau first time buat order melalui online.


Kali ni pi ambik kat store Domino's Pizza Kuala Ibai pulak. Sebab rancang nya nak suami solat Jumaat kat masjid terapung kat situ. Sambil tu boleh ambil pizza sekali. Tapi CikSha tersilap letak masa untuk pick up. Tak sempat nak kejar pukul 12 sebab perjumpaan tu habes pukul 12 lebih. Pospon la nak ambil lepas habes solat Jumaat. Yang bagusnya, staf situ call CikSha sebab takut CikSha terlupa nak pi ambik pizza. Ye la dah lewat 2 jam dari masa yang di set. Hihi. Lepas pick up pizza tu kami pun pi melepak berkelah kat Pantai Pandak. Bestttt.


Si encem Iman excited!

Cik Merah pose ala model konon. Hihi.

3 jenis pizza yang di order.

Tengok si encem Iman tu tak sabar nak ngap pizza dah. Haha.

Abang Adan dengan si encem Iman makan dengan penuh perasaan.


Serius mudah amat buat tempahan melalui online rupanya. Sebelum ni tak pernah lagi cuba. Sebabkan dapat kupon sempena kempen It's All About You ni, CikSha berpeluang buat tempahan melalui online. Klik sana klik sini pilih nak pizza camna, nak tambah side dish ke tak, zap zup zap siap order. Lepas tu boleh pilih nak bayar cash ke online payment. CikSha bayar online je sesiap. Sampai kat store tu nanti just pergi ambil je pizza nya. Best! Senang kerja. Sebab senang kerja tu yang sampai dua kali repeat makan Domino's Pizza bulan ni tau! Hahaha.


Nak tahu tak kenapa Domino's Pizza jadi kegemaran kami sekeluarga? CikSha dan suami suka roti pizza nya sebab walaupun dah sejuk masih lagi lembut. Anak-anak pun tak struggle nak menggigit roti sebab tak liat ok. Memang lembut rotinya. Suka! Topping atas pizza pun tak pernah mengecewakan lagi. Kena sangat dengan selera anak tekak kami. Semua kami dah try dan semua kami suka. Err..spesis pemakan memang camni ye. Hihi.


Sedikit info tambahan tentang kempen yang Domino's Pizza sedang jalankan. It's All About You adalah kempen terbaru daripada Domino's Pizza untuk meraikan dan menghargai semua pelanggan setia Domino's Pizza selama ia dah bertapak dari tahun 1997 lagi di Malaysia. Dah 21 tahun rupanya Domino's Pizza duk bagi kita makan pizza sedap wei. Selama ni tahu makan je. Hihi.


Tahniah Domino's Pizza! Semoga terus maju jaya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami semua. Pizza Domino's semestinya yang tersedap dan jadi kegemaran kami sekeluarga.


Bisik-bisik :: Nak tahu lebih lanjut pasal Kempen It's All About You? 
Klik << SINI >>.

 

Zulqaas Phytonutrients Serum | Serum Wajah Berasaskan Tumbuhan Yang Selamat dan Berkesan. I'm in love!

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Rasanya yang duk follow CikSha ni tahu CikSha ni spesis pompuan yang pemalas amat nak kelebet muka. Tapi mujur la menten comei. Perasan. Padahal muka tak siap tu. Hahaha. Bila dah menjengah umur 30an ni kan, dah beranak pinak, ambik pulak cucuk hormon untuk family planning, kulit muka ni yang nampak perubahan nya dulu. Yang paling degil sekali takmau nyah dari kulit muka ni si jeragat la. Geramnyaaaaa.


CikSha memang takda mengamalkan rutin penjagaan wajah yang complicated. Tak sempat uii nak membelek sangat dengan 3 ketoi 'malaikat kecik' tu. Dapat cuci muka pun dah rasa beruntung sesangat. Cuma seminggu sekali tu ada la skrub sikit kulit muka ni. Kekadang ada la jugak pakai mask atau bedak sejuk. Kalau rajinnn terlebih la. Selalu nya pemalas amat. Nak buat camna kan. Dah sebati dah malas ni dalam diriku ini. Sabo je la.




Dalam 2 minggu ni kan, CikSha ada cuba pakai Zulqaas Phytonutrients Serum secara konsisten setiap hari dua kali sehari selepas mandi. Syok uiii. Serius tak tipu. Sebab ni first time tau CikSha pakai serum bagai ni kat muka. Rupanya best jugak pakai serum. Sebelum ni takut nak cuba.


Dah lama sangat tau kulit muka CikSha ni tak tempek apa-apa sebab takut kulit makin teruk lepas pengalaman dulu-dulu pernah kulit muka rosak akibat pakai skincare'jahanam'.  Penat iols rawat tau bagi elok sikit. Makan masa pulak tu. Jadinya memang free gila muka ni tanpa sebarang produk kecantikan sampai sekarang. Kesian betoi. Dah la muka tak siap. Pemalas pulak nak siapkan dia. Hihi.


Tapi bila start'berkenalan' dengan serum ni kan, rasa macam dah terjatuh cinta pulak. CikSha baru tahu yang sebenarnya serum pun penting sebab dia bantu membaiki sel kulit muka dari luar sehingga ke dalam. Bertindak lagi power dari pelembab pulak tu. Wow!




APA YANG BEST NYA ZULQAAS PHYTONUTRIENTS SERUM NI?

Nak tahu tak, Zulqaas Phytonutrients Serum ni kan best sebab dia water based. Jadi serum ni teksturnya ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Sumpah tak tipu! Pastu langsung tak melekit. Yang paling menariknya, bebas bahan kimia  seperti silikon, paraben, mineral oil, pewarna sintetik dan alkohol.

Sangat selamat digunakan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. CikSha kan duk breastfeed 2 ketoi 'malaikat kecik' tu. Tu yang ter in love tu. Lagi satu, serum ni boleh digunakan sebagai makeup base tau. Best kan?


Oh ya, Zulqaas Phytonutrients Serum ni fokus pada brightening, hydrating dan anti aging tau. Itu 3 kehebatan si serum ni.


Abaikan tudung CikSha yang senget tu. Taik lalat kat muka memang bersepah. Pasaipa la lalat pi berak kat muka CikSha ni. Ish. Ni muka memang tak mekap na. Pasai tu sendu. Hihi.

APA PERUBAHAN YANG DIALAMI BILA GUNA SERUM NI?

Sepanjang duk gigih tempek serum ni kat muka, yang CikSha perasan kulit muka CikSha makin moist tau. CikSha rasa kan, mesti hasil gabungan mantop si serum Zulqaas ni dengan krim awet muda calit kat nadi kecintaan CikSha tu. Hasil dia lagi wow! Seronot sangat.

Jeragat kat muka yang dah pudar tapi masih segan lagi nak 'sembunyi' pun macam dah makin tak nampak dah. Itu memang CikSha perasan sangat. Sebab dah cuba memacam tau nak nyahkan terus jeragat ni. Tradisional, makan suppliment. Gigih gila. Haha. Rupanya hanya dengan pakai serum boleh bantu atasi masalah CikSha yang satu ni. You save me Zulqaas!



INFO MENARIK TENTANG ZULQAAS PHYTONUTRIENTS SERUM

Diadun dengan 10 ekstrak tumbuhan yang semestinya terbaik untuk perawatan kulit muka dengan fungsi:
  • Anti-oksida
  • Anti-radikal
  • Anti-radang
  • Anti-tyrosinase (membantutkan enzim yang menyebabkan kulit kusam)

Membantu mengatasi masalah kulit seperti:
  • kulit kusam
  • tona kulit tidak sekata
  • kedutan halus
  • jeragat nipis (ooo..patut la jeragat CikSha hilang. Love it!)
  • kulit kering
  • masalah kulit sensitif
  • liang pori besar

Serum wajah Zulqaas ni dihasilkan oleh Doktor As Zulqa yang berkelulusan PhD dalam Halal Kosmetik Industri dari salah sebuah universiti tempatan di Malaysia.Mendapat notifikasi dari KKM dengan NOT180503209K. InsyaAllah selamat dan berkesan.
.

10 ekstrak tumbuhan yang terkandung dalam Zulqaas Phytonutrients Serum


Kebaikan 10 ekstrak tumbuhan dalam Zulqaas Phytonutrients Serum untuk kulit


TESTIMONI DARI PENGGUNA SERUM ZULQAAS

Meh CikSha kongsikan testimoni dari pengguna lain pulak. Mana la tahu kot tak percaya feedback dari CikSha sendiri ni ha kan? Nak tengok lebih banyak testimoni dan feedback boleh skodeng kat SINI pulak.






Kesimpulannya, CikSha memang suka sangat pakai Zulqaas Phytonutrients Serum ni. Kena add on dalam rutin jaga kulit CikSha lepas ni. Korang pun kalau tak pernah lagi tempek sebarang serum kat muka, CikSha syorkan sangat cuba serum ni. Cuba tau! Confirm tak menyesal.


Untuk info lanjut korang boleh layari laman sesawang dan media sosial Zulqaas seperti di bawah ni:
WEBSTORE : www.zulqaas.com


Bisik-bisik :: Dah 30an ni memang nak tak nak kena menggigihkan jugak diri jaga kulit muka. Taknak la nampak kertu tak padan umur. Hihi.

Dettol ProFresh | Gel Mandian Pilihan Utama Kami Sekeluarga

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Kat rumah mertua ni kan, masing-masing ada favourite sendiri untuk sabun mandian tau. Jadi ada bermacam jenis dan jenama mandian la yang berkampung dalam bilik mandi tu. Tapi, macam mana sekalipun si Dettol selalu mengungguli carta. Setiap kali habis je confirm kena topup yang baru. Sebab tu kegemaran mertua CikSha dan anak CikSha si abang Adan tu.


Sebelum ni kami dah cuba mandian Dettol ProFresh yang warna hijau tu. Best. CikSha suka bauan segar timun nya. Wangi sangat. Yang penting sekali tak melekit tau. Dettol dah upgrade formulasi mandian nya supaya pengguna takda rasa melekit macam sabun tertinggal walaupun dah bilas. Ini paling CikSha suka sangat.





Baru-baru ni CikSha berpeluang mencuba dua lagi mandian Dettol ProFresh yang warna biru(Cool) dan kuning(Fresh). In love jugak dengan bauan segar daun pudina dan lemon nya. Eh, pendek kata bauan sabun mandian Dettol ProFresh ni CikSha suka la. Memang terasa kesegarannya. Tambah bila mandi pakai dia. Nyaman gilaaaaa. Korang yang tak pernah cuba mandian Dettol ni boleh cuba tau. CikSha confirm korang akan jatuh cinta jugak.





APA YANG BEST NYA SABUN MANDIAN DETTOL PROFRESH NI?

Kalau nak tahu, Dettol ProFresh ni dirumuskan khas untuk bagi 'perlindungan daripada bau badan selama 12 jam'. Tujuan nya nak bagi kita rasa segar sepanjang hari. Maklum la kan cuaca kat bumi bertuah Malaysia ni tak menentu kejap panas kejap lembap.

Rumusannya pun dah ditambah baik. Tak melekit serta bebas paraben dan triclocarban.

Ada 4 pilihan yang pastinya tak mengecewakan. Dettol ProFresh hijau dengan kesegaran timun untuk effect Lasting Fresh. Dettol ProFresh biru dengan kesegaran daun pudina untuk effect Cool. Dettol ProFresh kuning dengan kesegaran lemon untuk effect Fresh dan Dettol ProFresh oren dengan buah limau untuk effect Re-energize.


Rangkaian sabun mandian Dettol ProFresh


APA KATA PAKAR TENTANG PRODUK DETTOL?


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologimenjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi


“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.

Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.



INFO MENARIK TENTANG PRODUK DETTOL

Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya iaitu Dettol ProFresh untuk perlindungan bau dan ProSkin untuk perlindungan kulit.

34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No.1 di dunia berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit.

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.


Bagus kan pihak Dettol ni. Selalu upgrade untuk hasilkan yang terbaik untuk kita. Harga pun affordable. Sangat memahami perasaan terutamanya mak-mak yang selalu risau pasal kuman yang ada merata ni. Kesimpulannya, jom la kita dapatkan produk Dettol sekarang! Hihi.


Bisik-bisik :: Dulu CikSha jadi ibu paranoid. Sekarang dah tukar ibu Dettol tau sebab ada sabun mandi yang best ni la. Hihi.


Azam yang tertinggal

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!

Dah penghujung bulan Januari 2019 baru tergedik nak update blog. Azam 2018 yang kononnya nak hari-hari menulis blog at least satu entri sehari dah terkubur sepi. Hihi. Azam le sangat kan. Ni yang malas nak berazam bagai. Memang ke laut dalam perginyeee. Apa pun tak boleh CikSha hangpa ni.


Bukan la nak bagi alasan. Cumanya payah sikit bila anak-anak duk kecik lagi dan merapppppp je dengan maknye ni. Yang konon duk plan nak buat, kompom tak terbuat la. Sungguh tau. Siang memang tak dapat langsung ngadap laptop. Kekadang henpon pun tak dapat nak kelebet tau.


Malam konon lepas dah tidurkan baby dan abang-abangnya nak siapkan kerja design la, tulis copywriting untuk iklan meniaga la, nak update blog la, sudahnya kirim salam je. Sebab selalunya dengan mak depa sekali hanyutttt ke bulan. Dah tu camne ceritanya? Alahai.


Imej dari blog tengku asmadi.


Jadinya tahun ni taknak berazam untuk blog. Go with the flow je. Ada idea dan masa terluang, tulis je entri. Itu je la goals untuk blog kesayangan ni buat masa sekarang. Kalau ada job, yang itu WAJIB la kena siapkan. NO EXCUSE! Kang orang takmau bagi job lagi dah. Padan dengan muka sendiri. Sendiri yang tutup periuk nasi sendiri. Kan?


Tapi itulahnye, rindu betul zaman duk rajin bebel kat blog. Pantang ada topik yang terlintas kat fikiran, terus tergedik-gedik nak tekan-tekan keyboard. Biar takde pembaca pun masa tu. Tapi gigihnye tu kemain lagi.


Lagipun, menulis ni macam dah sebati dalam diri. Bukan sekadar hobi. Memang minat. Cuma kekangan masa je la kot buat masa ni sebab anak masih kecik lagi. Pastu berderet pulak kan. Tu laaa, sapa suruh ko beranak dekat-dekat sampai kena warning dengan pakar ko tu poor spacing. Ekeke. Sabor je la. Rezeki tau ni! Tetiber. Hihi.


InsyaAllah. Cuba jugak la untuk istiqamah menulis walaupun bukan setiap hari. Takpun apa yang duk rajin membebel pepanjang kat pesbuk tu copypaste je masuk sini kan? Jimat masa gitu. Hihi.


Bisik-bisik ::  Menulis sebenarnya terapi untuk diri ini jugak.


Suffy B Genius | Susu Terbaik Buat Si Manja - Tebus Voucher Pek Percubaan Di Shopee

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!

Bulan 2 ni insyaAllah si encem Iman akan genap 3 tahun. Dia pun baru sebulan lebih wean off dari menyusu badan. Over tau. Lebih dari 2 tahun dia ngempeng kat mak nye ni ha. Bila dah wean off ni duk tercari-cari jugak la susu apa yang nak bagi kat si encem Iman ni. Topup sikit nutrisi dia selain makan real food kan.


Si encem Iman ni dah masuk kategori bantut tau. KBBT a.k.a kurang berat badan teruk nurse tulis dalam buku rekod kesihatan dia. BMI duduk dalam kawasan graf merah. Tiap bulan kena pi check up Klinik Kesihatan. Walaupun berat dia naik tapi sikit-sikit ja. Bukan tak makan. Si encem Iman ni jenis pemakan. Cumanya mungkin dia memang kecik. Lagipun dia kan extra istimewa.


Bila rujuk doktor, doktor cakap anak Sindrom Down ni memang samada ada terlebih berat atau terkurang berat nya. Gitu je la. Asalkan dia nak makan, takda masalah pembuangan, doktor kata ok dah. Cuma pantau je la. Kalau boleh topup dengan susu tambahan. Si encem Iman ni kategori berat naik sikit-sikit. Lega sikit dengar penjelasan doktor. Dengan nurse asyik kena leter je mak nye ni ha. Macam tak bagi anak makan. Sabo je. Hihi.


Eh eh..Ada tangan si encem Iman kat situ


DAPATKAN PEK PERCUBAAN SUFFY B GENIUS DI SHOPEE!

Bila dioffer untuk cuba susu Suffy BGenius ni, kira macam disorong bantal la CikSha. Jadi cepat-cepat redeem baucer pek percubaan untuk bagi si encem Iman cuba. Eh. Kalau korang nak try bagi anak cuba dulu susu ni tengok serasi ke tak, boleh ambik set percubaan dulu tau. Murah je. RM6 dapat 3 sachet untuk minum 3 kali seperti yang disarankan.


Sekarang Suffy Malaysia duk bagi baucer percuma untuk diredeem kat kedai online depa kat Shopee. Jimat RM6 dah. Tapi kena cepat la. Sebab 50 orang terawal je yang boleh tebus baucer tu. Kalau dah habes limit, korang boleh beli dengan harga RM6 tu dan posnya percuma. Kira berbaloi jugak kan?


Jadi, kat bawah ni CikSha kongsikan cara-cara nak redeem pek percubaan Suffy B Genius kat Shopee. Korang follow je step kat bawah ni ok!

Buka laman web www.suffy.com.my dan klik pada SET PERCUBAAN. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.

Dah lengkapkan semua butiran, KLIK pada Submit.

KLIK pada yang CikSha petakkan tu untuk direct masuk ke laman Shopee Suffy Malaysia

Dari laman web Suffy tadi nanti akan masuk ke laman Shopee Suffy Malaysia. Tapi pastikan korang dah log in sesiap akaun Shopee ye. Kalau belum ada akaun, kena daftar dulu akaun Shopee ok. Lepas tu boleh la follow semua langkah-langkah yang ada pada gambar di bawah.



Kod untuk tebus SUFFYSBG







Settle semua langkah! Tunggu je barang akan di pos ke alamat yang korang dah isi dalam borang awal-awal tadi. InsyaAllah ambik masa dalam 2-3 hari je camtu. Best kan bila ada disediakan PEK PERCUBAAN. Boleh cuba dulu untuk tengok anak serasi ke tak dengan susu tu sebelum beli pek yang lebih besar.


INFO MENARIK TENTANG SUFFY B GENIUS


Sedikit info tentang susu Suffy B Genius ni CikSha nak kongsikan dengan semua pembaca blog kesayangan CikSha ni.

Suffy memperkenalkan Suffy® B Genius dengan Formula B3, dirumus dengan DHA (15mg/100g), Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja kekal sihat, bijak dan kuat.



BRILLIANT

Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.

BALANCE

Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.

BOOST

Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.


Fakta nutrisi Suffy B Genius

KENAPA NAK CUBA SUFFY B GENIUS?

Yang buat CikSha tertarik nak cuba bagi si encem Iman minum susu Suffy B genius ni sebab ada kandungan kurma dan madu. Iman memang suka sangat makan kurma. Lagi satu CikSha perasan kurma sangat membantu si encem Iman dalam proses penghadaman dia. Sebab si encem Iman kan dia punya lubang punggung kan doktor buat special. Hihi. Memang kena bantu dia elak sembelit supaya masa dia nak membuang tak sakit sangat.

Jadi bila tahu yang susu Suffy B Genius ni ada kandungan kurma jugak, why not kita cuba kan? Dah la dapat membantu sistem penghadaman si encem Iman berjalan lancar, dapat jugak bagi nutrisi lain yang baik untuk perkembangan minda pakwe CikSha yang sorang tu. Mudah-mudahan. InsyaAllah.


OK TAK SI ENCEM IMAN MINUM SUSU SUFFY B GENIUS?

Alhamdulillah. Nampak macam ok. Mungkin kandungan kurma tu yang membantu. Sebab iman tak suka sangat susu yang pure rasa susu. Eksyen tau. Tapi kan, yang tak tahan tu, abang Adan yang 5 tahun tu pun menumpang jugak minum sekali. Melebih-lebih pulak tu. Over sangatttt. Hihi.




Nak info lebih lanjut pasal Susu Suffy B Genius, korang boleh skodeng kat link yang tertera bawah ni ok!

Suffy B Genius
Careline: 05-525 2992
Instagram: Suffy Malaysia
Facebook:Suffy Malaysia
Twitter :  Suffy Malaysia
Bisik-bisik :: Semua ibu nak yang terbaik untuk anak-anak kan?

EPF | Latest Changes In EPF (KWSP)

$
0
0
The Employee Provident Fund (EPF) has developed as an important and reliable wealth creating benefit for the organised workforce. For example, it even helps Malaysian citizen to buy their PR1MA home by using the EPF Account 2. If there are any developments about EPF, it would surely become a talking-point and can lead to strong reactions. There are a few important changes being made to Employees Provident Fund (EPF) in Budget 2019.


1. Separate tax reliefs for EPF and life insurance

Prior to the amendment, the tax relief of EPF and life insurance or takaful was combined at a total of RM6,000. Budget 2019 will separate EPF from life insurance reliefs such as EPF contributions tax relief up to RM4,000; Life insurance premiums and takaful relief up to RM3,000 and National Education Savings Scheme (SSPN) relief up to RM8,000. Some may find the separation would be a disadvantage because of higher EPF contributions, but the move may be seen as an advantageous one too as it encourages more people to get life insurance as protection.

According to Anusha Thavarajah of theLife Insurance Association of Malaysia (LIAM), the statistic shows that only 4% of the B40 households have life insurance. Therefore, the split tax benefit could be the motivation factor for the citizens to invest in a life insurance/takaful policy which leads to a better future with protection. Instead of saving RM6,000 with just your EPF contributions, you can now save a total of RM7,000 and have the insurance policy as a safety net.


2. Lower employer contribution for employees aged 60 years and above

Prior to the revision, employers were liable for contribution of 6% per month for employees aged 60 and above, while employees were required to contribute 5.5%. The minimum employers' share of EPF statutory contribution rate for employees aged 60 and above has been reduced to 4% per month in Budget 2019.

This means that businesses will be able to save 2% of their contribution for each employee aged 60 years and above. The saving in employers' share to minimum 4% would also boost employment opportunities for workers above 60 years of age, hence ensuring the population above 60 years old to remain productive and active in the economy




3. Minimum EPF contribution revised to RM264 a month

Low salaries, particularly among low-income employees, is one of the main causes that many Malaysian workers retire with insufficient funds. Statistics from the EPF showed that 64% of members who reached the age of 54 have savings below RM50,000 which is an insufficient sum when taking into consideration the high cost of living and household debts.

The EPF said with this new amendment, the expected monthly contribution to be received by the EPF for every worker who earns monthly wages will not be lesser than RM264, subject to whether the worker is full time worker.

There will be different minimum contribution applicable to members who are salaried on a weekly, daily or hourly basis namely those part-timers. The EPF said notices had been sent to all registered employers on this matter and it would work closely with employers to ensure the smooth implementation of the policy.


4. EPF revises up basic savings target from RM228,000 to RM240,000

EPF has increased its Basic Savings target from RM228,000 to RM240,000 effective from Jan 1, 2019.

RM240,000 is the minimum amount of savings members should have upon reaching age 55. According to a statement, the EPF said the new quantum is benchmarked against the minimum retirement pension for public sector employees, which was raised from RM950 to RM1,000 per month.


5. i-Suri initiative for eligible housewives under e-Kasih scheme

The i-Suri initiative, which was launched on Aug 15, 2018, has received positive feedback from the citizens and as at October 2018, the total number registered is 28,963, which is equivalent to 13.29% of those who are eligible under e-Kasih. The ladies who are qualified for applying this incentive are housewives, widows and single mothers who are enlisted in the National Database on Poverty (eKasih).

Taking into account the new changes and initiatives, the EPF has made it easier for Malaysians, across all age groups, to save up for their future. This incentive is expected to provide housewives with an avenue to save for their future well-being.


***********************************************************************

RINGKASAN VERSI BAHASA MALAYSIA

Hai pembaca blog kesayangan CikSha semua. Artikel kat atas ni sebenarnya tentang beberapa perubahan yang telah dipinda tentang KWSP dalam pembentangan bajet 2019. Jadi bagi yang kureng sikit kefahaman baca artikel omputih, ni CikSha bagi penerangan serba ringkas pasal artikel di atas ok!

Ni 5 point utama yang di hi-lite dalam artikel di atas.

1. Pasal pembayaran insuran diri yang telah diasingkan dari KWSP. Tujuannya untuk menggalakkan lebih ramai individu yang bekerja untuk membeli sendiri insuran diri secara persendirian sebagai perlindungan untuk masa depan yang lebih terjamin.

2. Pengurangan jumlah bayaran KWSP yang perlu majikan keluarkan untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke atas. Dulu majikan diwajibkan menyumbang 6% untuk pekerja, tapi lepas pembentangan bajet 2019, jumlah bayaran dikurangkan kepada 4%. Tujuannya nak bagi peluang kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas untuk bekerja dan majikan berpeluang menyumbang lebih banyak kepada lebih ramai pekerja umur 60 tahun ke atas.

3. Bayaran minimum untuk simpanan KWSP pekerja ditetapkan sebanyak RM264 sebulan. Tujuannya nak pastikan semua pencarum KWSP dapat pulangan yang mencukupi bila dah sampai had umur (54 tahun) untuk pengeluaran caruman KWSP di hari tua.

4. Simpanan asas pencarum dinaikkan dari RM228,000 kepada RM240,000.

5. i-Suri untuk surirumah, balu dan ibu tunggal yang layak di bawah Skim e-Kasih.

Haaa, jelas dah kan? CikSha harap artikel ni dapat bagi pemahaman yang lebih jelas kepada semua tentang beberapa pindaan dalam caruman KWSP yang dibentangkan dalam Bajet 2019 tahun lepas tu.


Bisik-bisik :: CikSha pernah guna akaun 2 KWSP untuk bayar PTPTN tau.

Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

$
0
0
PETALING JAYA, 4 Februari 2019– Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.


Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”




Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”




Mengenai Nestlé Malaysia
 
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami dihttp://www.facebook.com/NestleMalaysia

SIGN ON | Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan Mac dah kita kan? Cepatnyaaaa masa berlalu. CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon. Dalam plan tu macam-macam nak buat. Tapi tak terbuat-buat. Huhu. Start bulan ni nak set rules baru la. Terlambat sikit sedar diri. Tapi sekurangnya CikSha nak ubah kan? Semoga Allah permudahkan dan diri ni sendiri pun kuat nak istiqamah.


By the way, pernah ingat tak tahun lepas CikSha pernah tulis pasal usaha sahabat CikSha sorang ni yang berjuang nak sebarkan penggunaan bahasa isyarat pada masyarakat secara percuma? Kat entri ni ha --> Belajar Bahasa Isyarat Percuma - SignOn




Alhamdulillah. Nampaknya usaha beliau dapat sambutan ramai walaupun ada kekangan dari kalangan yang macam beliau sendiri. Biarkan je depa yang hati tak berapa nak jernih tu. Yang penting usaha sahabat CikSha ni Allah nampak dan dipermudahkan semua yang beliau rancang. Dah masuk TV pun pasal usaha beliau ni. Beliau banyak dapat jemputan untuk rancangan talk pepagi macam Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O dan macam-macam lagi. Tu maknanya usaha beliau ni orang nampak. Syukurrr.


Jadinya kelas bahasa isyarat percuma setiap hujung bulan pada hari Sabtu yang beliau jadualkan tu masih lagi diteruskan untuk tahun 2019 ni pulak. Entri ni CikSha nak kongsikan JADUAL KELAS untuk tahun 2019 ni la sebenarnya. Hangpa kalau tinggal berdekatan dan ada masa terluang jangan la lepaskan peluang ni tau. PERCUMA je weh nak belajar bahasa isyarat basic. Keluar belanja sikit nak pergi ke tempat belajar je. Rugi kalau tak manfaatkan peluang yang ada.




Kali ni kelas bahasa isyarat ni dah dapat tempat yang tetap. Di PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI. Alhamdulillah. Nampak kan usaha sahabat CikSha ni dipermudahkan Allah. Syukur sangat. Jadi kalau hangpa berkesempatan join la ok. Tu ada dah tarikh nya. Boleh simpan dalam planner takpun set dalam reminder kat henpon hangpa tu sesiap.


Oh ya, kalau rasa taknak terlepas apa-apa info, boleh la follow rapat semua laman sosial Sign On ni macam yang tertera di bawah.

FB Page : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE - BAHASA ISYARAT MALAYSIA
Laman Web : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE BAHASA ISYARAT MALAYSIA


Bisik-bisik :: Semoga kelas bahasa isyarat ni dapat memberi manfaat yang baik untuk semua golongan.

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April

$
0
0
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hadir pada sidang media Karnival Kewangan Terengganu 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

PAHANG  
Gambang : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang [18 Mac]
Jengka : Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 [19 Mac]

TERENGGANU
Dungun : Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya [20 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak [24 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu [24 Mac]   
Setiu : Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom [25 Mac]
Besut : Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung [26 Mac]
Hulu Terenganu : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu [27 Mac]
Marang : Dewan Majlis Daerah Marang [28 Mac]

KELANTAN
Kota Bharu : Kompleks Balai Islam, Lundang [21 Mac]
Pengkalan Chepa : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota [31 Mac]


"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.

Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

$
0
0
Assalamalaikum. Hai!


Tempoh hari, CikSha berpeluang bawa anak-anak dan suami cuti-cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik, Setiu Terengganu. Bercuti sambil bekerja gitu. Yang best tu boleh bawak famili. Biasa la tu. Spesis family type ni, memang kalau boleh nak usung anak dengan laki ke mana-mana je. Hihi.


Jadinya, bila dah 'kerja' bawak famili ni kena la ada tempat nak stay kan? Alhamdulillah, kami dapat stay kat satu homestay yang cantik dan strategik kat Kampung Mangkuk. ALUR GALLEY SUITES.



Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu


Memang berbaloi amat la stay kat homestay ni. Dekat dengan jalan besar tapi jauh dari bunyi bising. Sangat privasi, rasa macam duduk 'hotel mewah' padahal homestay. Hiasan dalaman pun cozy. Best. Memang selesa amat!


Kemudahan yang ada di homestay Alur Galley Suites ni pun sangat lengkap. Siap boleh masak-masak tu yang syok. Jimat belanja. Dapur nya lengkap dengan peralatan memasak. Malam pertama kami stay situ, sempat lagi masak untuk makan malam sebelum gerak pi aktiviti pertama naik cruise tengok kelip-kelip sepanjang Sungai Penarik.




Yang paling menarik kat homestay ni, ada private pool. Anak-anak dengan bapaknye la paling seronok. Tak menyempat-nyempat nak terjun kolam. Kalau boleh memalam buta pun nak berendam dalam tu. Sabo je la. Hihi.


Alur Galley Suites ni ada 2 unit homestay berkembar tau sebenarnya. Jadi kalau mai holiday dengan segerombolan anak beranak, boleh la sewa dua-dua sekali. Macam kami hari tu, 3 keluarga stay satu homestay. Setiap keluarga dapat stay satu bilik sebab ada 3 bilik. Jangan risau, muat punya sebab bilik kat homestay ni besar dan luas. Bilik mandi pun dah macam bilik bujang bak kata encik CH, boipren CikSha tu. Tapi kalau rasa tak muat, nak tidur kat ruang tamu pun boleh.


Ruang parking pun luas. Boleh masuk 10 biji kereta tau. Kat luar tu siap ada tempat untuk buat barbeque lagi. Haaaa, best kan?


Pakej Sewaan Yang Menarik dan Berbaloi di Alur Galley Suites


Kalau nak tahu, Alur Galley Suites ada menawarkan penginapan tanpa pakej dan penginapan beserta pakej dengan harga yang sangat berpatutan. Serius cakap, memang berbaloi sangat.


Penginapan tanpa pakej ni sesuai untuk yang nak spend masa di sekitar kawasan Kampung Mangkuk macam nak lepak-lepak tepi Pantai Penarik atau nak buat aktiviti family day je ke berkumpul ramai-ramai makan barbeque sambil buat aktiviti lain kat laman luar homestay tu. Boleh sewa 2 hari 1 malam.


Harga sewaan penginapan tanpa pakej di Alur Galley Suites :
  • Weekday : RM420
  • Weekend : RM450
  • Peak Season : RM480



Penginapan beserta pakej pula, ada 2 pakej menarik yang Alur Galley Suites tawarkan. Dalam pakej ni termasuk dengan aktiviti Day Trip ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Menarik kan? Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam @ 2 hari 1 malam.


Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Lepas check in boleh pergi lunch di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites.
  • Naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam.
 Hari kedua :
  • Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, boleh buat aktiviti barbeque.
Hari ketiga :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout. Rugi ooo kalau tak mandi. Hihi.

Trip naik cruise pi tengok kelip-kelip


Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Sebelum check in, pergi Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, pergi dinner di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites @ boleh naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam dengan bayaran tambahan RM35/dewasa , RM25/kanak-kanak (tak termasuk dalam harga pakej penginapan) @ boleh buat aktiviti barbeque.
 Hari kedua :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout la apa lagi. Hihi.

* NOTA TAMBAHAN : 
- Untuk aktiviti barbeque, nak sediakan sendiri bahan boleh, nak pihak Alur Galley Suites sediakan pun boleh dengan cas yang berpatutan. Harga tempahan ialah RM20/pax (ayam,ikan,sosej) atau RM40/pax (ayam,ikan,sosej,udang,sotong). Kelengkapan memanggang dah disediakan percuma kat tepi rumah.

- Untuk pakej makan di Mr. Celup Tepung Station, jangan lupa bawa kad yang ada pada kunci homestay tu tau untuk dapatkan diskaun 10% masa pergi makan.

Tempat Menarik Berdekatan Alur Galley Suites Untuk Kaki Pancing



Haaaa, yang kaki pancing mesti suka gila. Dekat dengan homestay ni, jalan kaki sikit je kat depan boleh sampai kat port memancing. Boleh sewa bot nak pi memancing kat sepanjang Sungai Penarik tu. Ambik sewa penginapan di Alur Galley Suites tanpa pakej. Kawtim la 10-15 orang boleh bahagi harga sewa sorang sikit. Satu bilik boleh kongsi 5 orang gitu. Best ke tak best? Opkoz la best.



Cara Buat Tempahan


Menarik kan kalau menginap kat Alur Galley Suites ni? Mahu nye tak menarik. Boleh sewa tanpa pakej untuk rancangan aktiviti sendiri. Boleh juga sewa dengan ambil pakej Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian dengan harga yang super jimat. Mana nak dapat?


Jadi kalau nak alami percutian yang seronok gila dengan penginapan kat homestay ala hotel 5 star, boleh contact owner Alur Galley Suites seperti dalam gambar kat bawah ni ok!


Owner Alur Galley Suites : PN. NORLEY 019-398 7875



CikSha pun enjoy gila masa cuti-cuti Malaysia stay kat Alur Galley Suites ni. Happy dapat tengok wajah anak-anak dan suami yang enjoy 'percutian' kami ni. Seronok jugak sebab dapat spend masa dan eratkan hubungan silaturahim dengan 2 lagi blogger dari team BPT, Kak Awa dan Rini.


Yang paling best tu, dapat layanan first class dari pergi Pulau Redang, makan kat Mr. Celup Tepung Station, trip pi tengok kelip-kelip. Memang percutian yang takkan dilupakan la. InsyaAllah, ada rezeki nanti nak repeat lagi. Nanti next entry CikSha kongsi cerita pasal makan kat Mr. Celup Tepung Station dan trip ke Pulau Redang. Stay tune!


Bisik-bisik :: Next kita aim Day Trip ke Pulau Perhentian pulak.

Mr. Celup Tepung Station | Restoran Celup Tepung Yang Sedap Dengan Dekorasi Yang Menarik dan Cantik di Pantai Penarik Setiu

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Kalau mai cuti-cuti Malaysia kat Ganu ni, memang tak lengkap la 'jadual' bercuti tu kalau tak pi try makan Celup Tepung. Itu la salah satu tarikan kat Ganu Kiter tau. Maklum la kan, negeri ada pantai yang cantik-cantik. Opkoz la sepanjang tu banyak kedai-kedai makan yang ada menu celup tepung. Memang wajib kena cuba tau. Pilih je kedai mana yang berkenan di hati.


Masa CikSha cuti-cuti Malaysia sambil bekerja kat Pantai Penarik Setiu tempoh hari, kami pun tak lepaskan peluang menikmati makanan Celup Tepung ni. Disebabkan bila stay kat homestay Alur Galley Suite dapat diskaun 10% untuk makan di Mr. Celup Tepung Station, maka restoran tu la yang kami tuju untuk menikmati menu celup tepung yang jadi tarikan utama kat situ.







Mr. Celup Tepung Station | Restoran Celup Tepung Yang Sedap di Pantai Penarik


Mulanya Cik Sha ingat ada makanan celup tepung je kat Mr. Celup Tepung Station ni sebab nama restoran tu kan. Rupanya ada juga makanan panas dan sampingan yang lain. Jadi banyak la pilihan makanan. Yang jenis nak makan berat tak cukup celup tepung je boleh minta menu lain.


Tapi kan, menu celup tepung dia je dah banyak pilihan. Berpinor mata nak milih. Hihi. Bukan takat ikan, udang, sotong je ada, ketam dengan udang galah pun ada weh. Selama ni duk makan ikan, udang comei dengan sotong je kat kedai celup tepung lain. Darat sungguh CikSha ni. Hihi.




Ramaiiiii sangat orang mai makan kat sini


Antara food station yang ada di restoran ni


Sedap uii yang chezzy tu


Antara hidangan yang kami makan




Masa kami lunch kat Mr. Celup Tepung Station ni, macam-macam menu la dapat kami rasa. Selain celup tepung, makanan panas lain pun kami order juga. Maklum la suami memasing spesis kena makan makanan berat. Perot orang Melayu la kata kan.


Memang yummylicious la makanan kat restoran ni. Puas hati sangat. Dah la dapat makan sedap, dapat pulak menikmati panorama alam yang indah. Best tau makan sambil ditiup angin laut yang nyaman. Asyikkkk gitu.


Dekorasi Yang Menarik dan Cantik di Mr. Celup Tepung Station


Lepas dah kenyang isi perot, kami pun jelajah la satu restoran nak bergambar. Sebab apa tau? Dekorasi restoran ni sangat la menarik dan cantik gila! Banyak port yang lawa boleh bergambar. Biar la ramai orang pun kat situ. Buat muka tak malu je nak snap snap gambar. Rugi uiii kalau tak bergambar. Serius memang cantik.


Masa sibuk nak pi bergambar ni, anak bujang CikSha tu kemain lagi berlari tak sabo-sabo. Lepas tu jatuh. Hilang terus hensem sebab melalak tak peduli keliling dah. Buat jatuh saham je abang Adan tu. Jadi gambar dia semua muka sedeyyyy. Ekeke.


Hero-hero kesayangan CikSha


My sweethearts


Kunci syurga kami laki bini


Oh, lupa pulak. Selain banyak port cantik menarik kau memang dabom nak bergambar kat sini, restoran ni pun lengkap dengan kemudahan awam seperti surau dan tandas. Jadi tak perlu bimbang kalau tengah sedap bersantap tetiba rasa nak memerut atau terkensi. Tandas dia bersih dan selesa. Kalau belum solat pun, surau yang lengkap dengan sejadah dan telekung pun ada kat situ. Bagus kan? Me like sangat restoran yang ada kemudahan macam ni. Memang terbaik!


Ruang parkir pun luassss sangat. So, tak perlu bimbang tentang parkir. Tersedia percuma dah. Takde la kereta tersadai tepi jalan lepas tu kena menapak jauh nak ke restoran. Keselamatan kereta pun terjamin. Best kan?


Lokasi Mr. Celup Tepung Station


Amacam? Rasa teringin tak nak jejak kaki kat sini lepas baca pengalaman CikSha ni? Memang CikSha rekemen sangat tau kalau korang pergi ke Pantai Penarik untuk singgah makan kat restoran Mr. Celup Tepung Station ni. Puas hati dan berbaloi. Serius tak tipu. CikSha pun rasa nak pergi lagi bila ada rezeki dan kelapangan. InsyaAllah.


Alamat Restoran Mr. Celup Tepung Station

In case nak pergi tapi tak jumpa jalan boleh gugel map alamat atas tu ok. Tapi restoran ni tepi jalan je, kompom jumpa. Betul-betul depan tanah perkuburan. No worries. Takde hantu. Hihi. Sebenarnya, sepanjang Pantai Penarik ni memang banyak restoran celup tepung. Tapi yang ni memang paling menyerlah tau. Sebab view cantikkkkk sangat.


Dari kiri : Blogger Rini, Blogger Sis Hawa, Owner MCTS Kak Pie, Owner Alur Galley Suites Kak Nolly, CikSha

By the way, korang boleh la follow media sosial Mr. Celup Tepung Station ni ok. Kot nak menjamu mata tengok dorang sharing gambar-gambar menarik sampai rasa tergoda nak pi jejak kaki kat sini. Hihi.

FACEBOOK : Mr. Celup Tepung Station         INSTAGRAM : Mr. Celup Tepung Station



Bisik-bisik :: Area Terengganu memang popular dengan restoran Celup tepung.

Day Trip ke Pulau Redang | Pakej dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan best sangat!

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


CikSha ni anak jati Pulau Pinang, dah biasa sebenarnya tengok laut sebab dulu masa kerja hari-hari duk rempit merentas Jambatan Pulau Pinang takpun naik feri menyeberang laut dari Seberang Perai ke Pulau Pinang. Jadi kononnya laut tu macam kawan dah la. Aiseh. Poyo je. Sekali naik bot laju nak pi Pulau Redang balik tu mabuk laut. Ahahaha.


Entri kali ni CikSha nak kongsi pengalaman pergi Day Trip ke Pulau Redang. Ini pakej yang ditawarkan kalau menginap di homestay Alur Galley Suites tau. Kami ambik pakej yang 2 hari 1 malam tu. Tapi jadual kami dah terbalik sikit la dari yang sepatutnya. Special sikit la kan sebab buat 'kerja'. Hihi.


Kami pergi Day Trip Pulau Redang ni masa hari kedua stay kat Alur Galley Suites. Jadi hari tu kami check out lambat sikit dari waktu sepatutnya. Balik dari day trip baru kami check out. Mujur la takde penyewa lain masa tu. Lucky us!



Taklimat ringkas dan bacaan doa dari encik Edy sebelum bertolak

Berkumpul di Jeti Penarik berdekatan Kedai Makan Selera Pantai


Untuk pergi Day Trip ke Pulau Redang ni, kami kena berkumpul di jeti Penarik sebelum pukul 9 pagi. Sebab on time tau bot bergerak. So, pukul 8 pagi tu kami dah gerak pi jeti. Tak jauh pun dari homestay. Tapi kena naik kereta jugak la ye. Jangan risau ada parking percuma disediakan untuk kenderaan mereka yang nak pergi Day Trip ni.


Sebelum kami enjoy trip Pulau Redang ni, sempat la pi breakfast kat Kedai Makan Selera Pantai. CikSha melantak nasik lemak uols. Pagi-pagi dah ternak lemak. Hihi. By the way, makanan untuk lunch masa trip ni kedai makan ni la yang sediakan tau. Dah termasuk dalam pakej. Sedap oii lunch kami hari tu depa tapaukan.



Let's Enjoy The Trip!


Dah siap sarapan, maka journey kami ke Pulau Redang pun bermula. Ada 5 check point yang bot akan berhenti untuk kami menikmati keindahan alam laut ciptaan Allah. Jadi CikSha akan kongsi semua kenangan indah di setiap checkpoint. Buat memori sendiri dan untuk korang cuba bayangkan juga keseronokan yang kami dapat sepanjang trip.


CHECKPOINT 1 : Alur Akar.

Jernih sangat air kat sini. Best. Pakwe, abang Adan dengan si encem Iman turun main air. Kat sini boleh snorkling. Banyakkkk sangat ikan yang comel gila. CikSha turun kejap je. Takutttt. Kengkonon mesra laut la sangat. Masuk je dalam air tetiba rasa kaki nak kejang. Sebab tak pandai berenang. Sabar je la.





CHECKPOINT 2 : Pulau Lima.

Pakwe je turun snorkling masa stop kat sini. Dia cakap ikan kat sini lagi cantik cantik. Ada batu karang yang hidup dan cantik jugak. Kat sini berombak sikit. Sebab tu tak berani nak bagi anak-anak turun sekali. Tapi pening uii duk dalam bot sebab duk teroleng-oleng. Nak turun dalam air pulak penakut. Apa pun tak boleh CikSha hangpa ni. Hihi.


Masa kat sini ada kejadian lawak sikit. Memang tak boleh lupa oi. Pakwe CikSha tu, tetibe pulak dia rasa nak terberak. Hahahaha. Nasib la orang yang guide kami tu kata nak bergerak ke checkpoint seterusnya. Kalau tak, membuang dalam laut gamaknye pakwe CikSha tu. Mujur tak berlaku pencemaran itu. Kalau tak kesian ikan-ikan yang lawa dalam laut. Hihi.




CHECKPOINT 3 : Pulau Redang.

Berhenti rehat kejap kat Pulau Redang. Makan, memerut dan buat la apa yang patut. Memang turun je dari bot terus gi cari tandas. Lantakkan je la resort tu owner dia bukan Melayu pun. Pakwe dah tak tahan sangat. Hahaha. Aduhai la pakweku.


Dah settle urusan memerut baru pi isi perut pulak. Kat sini la kami lunch dengan bekalan yang tapau dari Kedai Makan Selera Pantai tu. Tak sempat nak ambik gambar. Semua dah lapar sangat. Memasing makan tak angkat kepala.


Siap makan, suami dengan anak-anak pi main tepi pantai. Seronok sangat 3 ketol anak tu dapat main pasir. Bapaknye la layan. Maknye sibuk ambik gambar. Hihi.




CHECKPOINT 4 : Teluk Sauh.

Sini pun tempat snorkling. Katanya sini batu karang dia lagi lawaaaa. Ada baby shark jugak. Tapi berhenti kejap je kat sini. Tak turun. Semua tak sabar nak pergi checkpoint kelima. Lagipun air berombak sangat masa kami sampai sini. Jadi gambar ada seketoi je la.





CHECKPOINT 5 : Teluk Dalam.

Sini tempat tengok penyu. Kalau bot sampai je terus penyu tu datang dekat. Tapi tu la, dalam gambar tak jelas. Nampak hitam-hitam je. Tengok real nampak la penyu tu. Dia timbul berenang kat atas. Air kat sini tenang sangat. Macam air sungai. Tapi tetap la CikSha takut jugak nak turun. Huhu.




Rugi kan CikSha tak merasa snorkling. Tapi serius memang tak boleh. Masuk je dalam air, kaki terus kejang. Rasa macam nak tenggelam. Huhu. Duduk la melangut atas bot dengan anak-anak. Tapi depa ada jugak turun bapaknye bawak main air jap. Takpa la, CikSha merasa naik bot sambil teroleng-oleng atas laut je la. Hihi.


Pakej day trip ke Pulau Redang dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan super best


Semua pengalaman best yang CikSha kongsi kat atas terdapat dalam pakej yang ditawarkan oleh homestay Alur Galley Suites tau. Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam.

Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)

Jadual aktiviti untuk setiap pakej boleh check kat entri Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik.Untuk pakej ni kena pastikan cukup 10 orang paling minima untuk stay kat homestay Alur Galley Suites tau.


Ni mak dara yang perasan bujang jap. Hihi.


Tapi misal kata, kalau berdua je sebab nak honeymoon (untuk yang dah berkahwin saja ok) boleh je ambik Day Trip tanpa pakej stay di homestay. Harga untuk day trip ni RM120/seorang. Tapi kena naik bot reramai jugak dengan yang tak dikenali la. Kurang la sikit rasa nak huha huha tu. Malu kot nak buat perangai tak semenggah. Kang orang lain tengok semacam. Hihi. Ni betul betul kejadian tau. Sebab hari tu ada satu bot tu berhenti kat checkpoint yang tengok penyu tu, senyappppp je semua dalam bot. Lepas tu sorang pun tak turun bergumbira snorkling kat situ. Weird.


Kalau ambik yang pakej dengan penginapan, kita boleh enjoy dengan family members atau kenalan kita. Takde la kekok nak loklak sikit. Hihi. Itu la untungnya ambik pakej. Rasanya itu pun jimat banyak jugak tu sebab dapat pakej pi day trip ke pulau dan snorkling plus dengan penginapan untuk merehatkan badan. Kan berbaloi baloi tu.


Jadinya, plan la cuti-cuti korang tu. Kawtim dengan family members, takpun dengan bestfriends. Dapat la menikmati percutian yang awesome secara berjemaah. Best tau.


My happy pills


Alhamdulillah. Day Trip kami pi Pulau Redang ni enjoy sangat walaupun ini first time kami bersua muka. Selalu duk nyembang dalam group whatsapp dengan bertegur kat facebook je. Tapi Allah bagi izin kami berjumpa dan bercuti sama-sama. Family pun nampak dapat mesra dengan baik. Pakwe CikSha tu dapat la reunion tak rasmi dengan kawan sekolah lama dia, Rini dan suaminya. Kebetulan yang cantik sangat Allah atur.


Walaupun CikSha tak join depa mandi manda dan menyelam, dapat tengok wajah suami dan anak-anak happy pun CikSha dah puas dah. Selalu support'kerja' CikSha sebagai blogger. Ni kira hadiah la untuk depa.



Bisik-bisik :: Kalau nak pi Pulau Redang dengan bajet yang awesome, ingat Alur Galley Suites tau!

Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Ingat tak CikSha pernah update entri Press Release tentang Bank Negara Malaysia (BNM) Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April bulan lepas? Haa..hari ni dah hari ketiga tau karnival ni berlangsung. Hari terakhir. Cadangnya CikSha nak pergi hari pertama. Tapi ada urusan urgent yang kena buat hari Khamis tu, jadinya tunda la pergi semalam.





Sebelum tu, CikSha nak cerita dulu la pengalaman pergi dengar sidang media dari pihak BNM bulan Mac hari tu. Press release pertama yang CikSha hadir sejak start aktif balik tulis blog ni. Eh? Rasanya memang yang pertama kali la sepanjang 10 tahun jadi penulis blog. Pengalaman baru bagi CikSha.

Sidang Media Karnival Kewangan Terengganu


Masa sidang media tu, ada 4 orang panel yang bagi penerangan tentang karnival kewangan ni.Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), dan Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA). 

Selain sesi penerangan, ada juga sesi soal jawab antara pihak media dengan panel-panel jemputan. Ada la wakil blogger dan wakil dari surat khabar yang bertanyakan soalan. CikSha melangut je dengar. Spesis 'pemalu' gitu.


Panel-panel jemputan yang bagi taklimat dan penerangan


Sebenarnya saja nak tayang pen kesayangan tu. Hihi.


Wakil Media Blogger Terengganu


Bersama Datin Arlina Ariff. CikSha tengah rentung ye masa ni sebab baru balik dari Pulau Redang. Mujur nampak jugak muka. Haha.


Lepas sidang media ni, kami berpeluang jumpa face to face dengan Datin Arlina Ariff sendiri tanya apa-apa yang nak ditanya. Dapat juga sembang-sembang dengan pengurus BNM Terengganu sebelum balik. Friendly sangat dua-dua. Tak kekok nak cakap-cakap. Biasa la blogger ni mostly mulut macam bertih jagung. Tapi bukan CikSha la. I menyelit tepi-tepi je. Hihi.


Masa kat BNM tu kami semua blogger yang hadir dapat la check CCRIS kat kaunter dan dapat penerangan ringkas dari staff macam mana nak baca maklumat yang tertera dalam slip. CikSha punya rekod tak comei. Sebab PTPTN le apa lagi. Bayar tak konsisten. Padan muka! Bila la nak langsai hutang cheq nan satu tu. Alahaiiii. Kena kerja kuat lagi ni nampaknya cari pitis nak membayo sampai habes. Misi 2019! Chaiyok CikSha!

Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat


Sebenarnya, karnival kewangan ni dah pernah ada dah sebelum ni. Tahun 2017 kat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Tahun 2018 kat Alor Setar. Tahun 2019 ni, BNM dengan kerjasama beberapa pihak buat Karnival Kewangan secara 'havoc' buat julung kali kat area pantai timur pulak. Terengganu jadi lokasi utama.


Suami ada rekod WTD RM80. CikSha takde. Maksudnya akaun BSN dengan Muamalat aktif lagi. Nanti kena pergi check la. Duit ada la boleh tahan dalam tu.

Teman suami check CCRIS. Clean weh rekod dia. Haishhh. Jeles betol!


So, semalam CikSha pergi Karnival Kewangan ni sebagai orang awam sambil jadi 'wakil media blogger' gitu nak mengulas pasal event ni. Aiseh. Poyos gila. Hihi. Takde la. Orang bukan tahu pun CikSha ni blogger ha. CikSha bukan blogger popular tahap retis sampai merata orang kenal. Blogger sendu je pun. Hihi.


Sampai je kat TH Hotel and Convention Center tu, CikSha roger dulu PR Mr. Leon untuk maklumkan kehadiran. Jumpa la dia kejap isi borang. Lepas tu baru enjoy the event. Oh. CikSha pi ni bukan sorang-sorang. Usung habes la kesayangan hati pi sekali. Enjoy sama-sama gitu.


Dengar 'pocket talk' tentang Jadilah Peminjam Yang Bijak dari KPKT

 
Bagi anak-anak naik pentas juget-juget dengan maskot. Tapi depa cuak. Hahaha.


Best la karnival ni. Serius memang awesome sangat. Pengisian program padat dan penuh informasi. Booth yang ada pun semuanya terbaik. Memang rugi kalau tak pergi sebab masa ni la kita boleh nak tanya semua pasal isu kewangan kita. Nak check CCRIS, Wang Tak Dituntut, layak ke tak buat pinjaman, cara nak urus pembayaran hutang dan macam-macam lagi. Sesi Pocket Talk pun ada macam-macam isu yang didedahkan. Eh, pendek kata macam-macam ada!


Untuk anak-anak pun ada Sudut Kanak-Kanak yang ada macam-macam aktiviti dibuat sepanjang program.Non-stop tau. Best! Mak bapak pun boleh nyibok join sekali. Masa CikSha dengan suami bawa anak-anak pergi sudut ni ada aktiviti nak buat tabung. Seronok la abang Adan dengan Iman. Lepas tu, parents yang ada situ kalau tunjuk bukti dah follow Instagram @bnmmag boleh dapat free gift. CikSha dapat satu! Hihi.



Aktiviti mewarna dan buat tabung kat sudut kanak-kanak


Pakwe dan si encem Iman dengan maskot BSN. Nanti i pi na check akaun yang dah lama sendu tu.


Kami tak sempat nak habeskan kumpul 20 cop dalam passport yang dapat masa pendaftaran. Dapat 10 cop je. Tak sempat nak jelajah semua booth yang ada. The 3 stujes tu dah mengamuk. Sebab time tido petang depa dah kena kacau. Hihi. Tak dapat la nak tebus payung percuma. Takpe la. Bukan rezeki la tu. Tapi dapat rezeki lain. Dapat baucer KFC RM30 masa dengar pocket talk pasal Jadilah Peminjam Yang Bijak. Ummi dapat beg masa kat sudut kanak-kanak tu. Abah dapat sticker, pen dengan notebook masa main game kat booth PIAM. Jadi le tu kan.


Sepanjang program ada banyak kali Cabutan Bertuah dibuat jugak tau. Siapa yang bertuah masa tu dapatlah hadiah yang lumayan. Untung sangat. Tapi kena cukup jelajah semua booth yang ada dan lengkapkan passport dengan 20 cop, baru nama dapat masuk dalam cabutan bertuah. Haaa, effort tu kena ada la kan. Hihi.



Bersama dengan blogger Sis Gee dan Mek Yuni

 
Bergambar dengan blogger kak Zura pulak yang baru sampai kat situ.


Pada pandangan CikSha, walaupun julung kali dibuat kat Pantai Timur, sambutan alhamdulillah nampak meriah. Ramaiiii sangat yang pergi. tak putus-putus tau orang duk mai. Sekolah-sekolah pun ada juga bawa rombongan pelajar-pelajar datang pi karnival ni. Pendedahan yang baik dari peringkat awal umur. Semoga adik-adik tu dapat ilmu yang sepatutnya tentang kewangan untuk masa depan dorang.


Bab kewangan ni memang bagus sebenarnya kita didik anak-anak dari kecil. Biar dorang tahu kepentingan menyimpan duit, cara buat pinjaman yang betul, isu-isu semasa tentang penipuan kewangan seperti scam dan lain-lain. Takde la dah besar nanti jadi mangsa penipuan ke kan. Tak pun muda-muda lagi dah kena isytihar bankrup sebab hutang keliling pinggang.


Tahniah Bank Negara Malaysia sebab berjaya anjurkan karnival yang sangat bermanfaat macam ni. Semoga di masa-masa akan datang, karnival ni dapat dibuat di seluruh negeri dalam Malaysia supaya lebih ramai orang dapat pendedahan yang lebih jelas dan meluas tentang kewangan.



Bisik-bisik :: CikSha pun tengah belajar urus kewangan sebab kerja sendiri ni memang kena alert lebih bab keluar masuk duit.


Joielle Baby | Rangkaian Produk Bayi Terbaik Yang Wajib Setiap Ibu Dapatkan Untuk Si Kecil Kesayangan

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya CikSha dah lama runsing dengan keadaan kulit Cik Merah tu. Dulu takda la sensitif sangat. Tapi lately ni, nampak la kulit dia mudah naik rashes. Bila sapu ubat cream aqueos yang klinik bagi, baik la kulit dia. Tapi nanti akan jadi balik rashes tu. Kadang confuse, tak tahu la punca nye sebab apa. Mungkin sebab sabun mandi tak sesuai buatkan kulit dia kering jadi rashes tu naik. Mungkin sebab berpeluh. Mungkin jugak sebab pemakanan kot. Entah.


Tapi sejak jadi rashes tu, CikSha memang dah stop mandikan dia dengan sabun. Mandi tak bersabun princess CikSha tu. Haha. Kesian betul. Memang elok la sikit kulit dia. Cuma bab berpeluh tu tak boleh nak buat apa la. Kena bagi dia mandi je la. Makan pun dah tak sebarang dah. Yang gatal-gatal macam telur memang elakkan. Sebab dia suka betoi garu-garu sampai luka rashes dia tu. Dah la rashes tu naik kat bahagian dada ke bahu. Dah tak syeksiii gegirl ummi. Hihi.




Joielle Baby | Set Baby Skin Care Essential 


Mungkin rezeki Cik Merah agaknya, CikSha di lamar untuk mencuba satu produk baby jenama Joielle Baby. Dah 4 tahun sebenarnya jenama ni ada kat pasaran. Tapi CikSha je yang baru tahu. Ketinggalan betul. Mujur la Cik Merah ni kategori baby lagi. Baru 1 tahun 4 bulan kan. Hihi. Dapat la cuba produk ni.


Dalam set Baby Skin Care Essential ni ada 6 barang tau. Syampu, losyen, minyak, sabun mandi, krim badan, dan krim untuk perut & dada. Harga set ni sangat la berpatutan dengan barangan yang ada dalam box cantik tu. RM199 je. Barang pulak saiz semuanya besar tau. Kalau ikut saiz tangan CikSha ni, 2-2 tangan genggam atas bawah pun ada ruang lagi. Berbaloi sangat!


CikSha dah cuba semua barangan tu kat Cik Merah. Guess what? Cik Merah serasi sangat dengan produk ni. Masalah kulit dia yang selalu naik rashes tu dah okay. Cantik dah kulit kat dada dan bahu dia. Baru la syeksiii. Syukur alhamdulillah. Thank you Joielle Baby!


CikSha pun suka sangat bau produk Joielle Baby ni. Sedap uii bau dia. Macam bau nature camtu. Asyikkk je. Cik Merah tu kena cium sokmo dengan mak dia ni ha. Sebab sedap sangat bau dia bila duk pakai produk Joielle Baby ni. Kekadang kan, CikSha pun tumpang sekaki pakai. Biar pak depa bau mak depa macam baby jugak. Hihi.



Info Menarik Tentang Produk Joielle Baby


Mesti korang nak tahu, apa yang menarik sangat tentang produk Joielle Baby ni kan? Produk ni telah diuji secara dermatologi oleh Badan Persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd dan kesemuanya ada sijil halal JAKIM. InsyaAllah selamat digunakan.


Rangkaian produk Joielle Baby diperkaya dengan Vitamin E, Minyak Kelapa Dara, Lidah Buaya dan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit. Memang sesuai sangat untuk kulit bayi yang masih lembut tu kan. Kalau yang ada masalah kulit sensitif macam eczema dan ruam (rashes) pun boleh jugak pakai produk ni. Sebab produk ni dapat membantu baik pulih kulit bayi yang bermasalah. No wonder la kulit Cik Merah yang jadi rashes tu dah elok.


Dan yang paling sangat dititiberatkan oleh kebanyakan para ibu, produk barangan bayi wajib bebas dari bahan yang boleh bagi kesan sampingan pada bayi sebab tak serasi. Produk Joielle Baby ni bebas paraben, S.L.S dan steroid. Jadi, ibu-ibu yang nak cari produk bayi yang ada ciri-ciri ni semua, Joielle Baby la jawapannya.

Jenama Yang Setiap Ibu Harus Miliki


Buat bakal-bakal ibu yang akan melahirkan si kecil kesayangan, CikSha syorkan sangat untuk miliki Set Baby Skin Care Essential ni. Kalau ada yang berhajat untuk hadiahkan sesuatu buat kesayangan yang bakal melahirkan pun boleh je dapatkan set ni dan hadiahkan pada mereka. Cantik tau box dia. Ikat riben je nak bagi naik seri.


Selain Set Baby Skin Care Essential ni, Joielle Baby ada juga Set Travel Baby dan Set VCO. Kalau salah satu barang dalam set-set ni habis, boleh je beli secara single tak perlu pun beli set juga. Haaa, best kan?


Banyak lagi produk terbaik keluaran Joielle Baby ni. Bukan untuk baby je, untuk ibu pun ada jugak tau. Macam feminine wash dan nipple balm. Maklum la, ibu-ibu pun kena ada juga penjagaan lepas melahirkan. Cik munge kena jaga. Cik B pun kena jaga jugak. Ye la, mostly ibu yang menyusukan ni akan alami masalah kat kawasan Cik B tau. Azab oiiii. Kalau ada produk yang boleh bantu menenangkan keazaban tu opkoz la best sangat.


Produk Joielle Baby yang lain

Dapatkan Produk Joielle Baby Sekarang!


Best kan bila ada satu rangkaian produk yang khas untuk anak kecil kita. Memang ada banyak jenama sebenarnya. Tapi Joielle Baby salah satu jenama yang pada CikSha memang terbaik dan sesuai untuk si kecil kesayangan kita. Lagipun ni produk keluaran Malaysia tau. Kena bangga ok. Sebab kualiti produk Joielle Baby ni macam produk international. Sangat eksklusif.


Kalau nak tahu, produk Joielle Baby ni boleh didapati di kedai penjagaan ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah) Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.


Tapi jangan risau. Buat yang jauh dari kedai-kedai ni semua boleh je beli secara online di www.joiellebaby.com.

Istimewa Untuk Pembaca Blog Dan Pengikut CikSha Di Laman Sosial


CikSha ada berita baik untuk semua followers CikSha. Tak kira la yang skodeng senyap-senyap blog ni ke, yang follow CikSha kat Facebook atau Instagram ke, semuanya layak untuk dapat hadiah istimewa dari CikSha. Apa tu?


Hadiahnya, korang boleh beli sebarang produk Joielle Babydi www.joiellebaby.comdengan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan kod shahada07. Guna tau. Rugi kalau tak guna kupon diskaun ni. Bukan selalu CikSha nak belanja orang. Hihi.




Nak info lebih lanjut tentang produk Joielle Baby ni, korang boleh skodeng link yang tertera di bawah ni ok!

WEB : www.joiellebaby.com
INSTAGRAM : www.instagram.com/joiellebabyhq
FACEBOOK : www.facebook.com/joiellebaby
EMAIL : joiellebaby@gmail.com


Bisik-bisik :: Semua ibu nak yang terbaik untuk si kecil kesayangan dari semua aspek kan?

Bercuti ke Langkawi | Reward Untuk Capai Target Dalam Bisnes

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Sekejap je dah nak penghujung bulan April 2019 kan? Bulan Mei dah nak puasa. Raya bulan Jun pulak. Uiii. Pantas masa berlalu pergi. Misi CikSha hangpa duk tang tu jugak tak bergerak-gerak. Haish. Camna la nak jadi bisneswomen berjaya tak tau. Nak kata big why tak jelas, depan mata dah tergolek big why nye ha terang benderang. Semangat je la kot yang tak berapa nak kental. Duk up and down tak berkesudahan.


Camna eh nak bagi semangat tu sentiasa membara je? CikSha rasa CikSha kena buat satu target la. Lepas tu kalau dapat capai target tu, bagi reward untuk diri sendiri. Supaya semangat tu sentiasa on. Ok jugak macam tu kan? Hmmm..Jadinya, start dari hari ni CikSha kena kerja kuat la untuk pastikan target tu tercapai. Jadi baru la dapat rewardkan diri sendiri. Selagi tak tercapai, terpaksa la menatap je reward tu terpampang kat vision board.



Gambar carian Google


Sebabkan masa kahwin 6 tahun lepas tak sempat pun nak berbulan madu, CikSha rasa nak set reward kalau dapat capai target tu ialah pergi berbulan madu yang tak berapa nak madu sangat sebab ada 3 ketul 'malaikat kecik' kena usung sekali. Hihi. Wajib ok bawak anak pi memana pun. Tak sanggup nak tinggal depa. Takpa la. Kira holiday dengan kesayangan-kesayangan CikSha la. Reward diri sendiri dengan depa sekali.


Memandangkan dah lama sangat tak pergi Langkawi, CikSha rasa kalau reward nye pergi sana best jugak tu. Last jejak kaki kat Langkawi tahun 2013. Masa tu bujang lagi. Lagi 4 bulan nak jadi bini orang CikSha pi cuti-cuti Malaysia dengan bestfriend kat sana. Alamak! Tetiba rindu. So, kali ni kita target pi dengan family tersayang pulak. Ngam jugak tu kan?


Tahun 2012

Tahun 2013


Kenapa CikSha pilih Langkawi sebagai destinasi? Sebab banyak lagi tempat menarik yang CikSha tak sempat nak jelajah walaupun dah 3 kali pergi sana. Lepas tu dah lama kan tak pergi, mesti banyak dah yang berubah. Mana nak tahu kot banyak lagi tempat-tempat menarik lain yang dah bertambah jugak. Agaknye la. Jadi kalau nak tahu apa yang dah berubah kat Langkawi tu, kena la pergi sana kan?


Lagipun, sesambil tu boleh la pergi ziarah kengkawan yang ada kat sana. Eh, CikSha ada je kenalan yang stay Langkawi. Kawan sekolah, coursemate masa study kat UMS, kenalan facebook pun ada tau. CikSha kan mesra alam, tu ramai kawan tu. Ecewah. Ramai sangat la kawan dia. Perasan. Hihi.


Langkawi ni tempat pelancongan yang banyak tempat menarik best, penginapan kat sana pun mesti la banyak kan. Jadi camne nak book Top Langkawi Hotels yang awesome, kita kena la survey dulu. Lepas tu boleh la penuhkan tabung percutian untuk belanja rewardkan diri bila dapat capai target dalam bisnes tu. A big no no ok sentuh duit modal dan untung. Kena ada tabung khas kalau nak reward diri.


Dah nama pun nak reward, jadi kena cari penginapan yang super duper awesome. Mahal sikit takpa janji berbaloi. Baru la semangat tu lagi bertambah membara nak buat yang terbaik dalam bisnes. Jadi CikSha dah survey hotel 5 bintang yang paling memikat hati kat Langkawi tu. The Datai Hotel Langkawi. MasyaAllah. Lawa gila view dia. Memang berbaloi sangat la kalau jadikan reward untuk diri sendiri sesambil belanja suami dan anak-anak. Tetiba rasa semangat gila-gila nak capai target.



Ni view sebahagian The Datai Hotel Langkawi. Cantiknya hoiiiiii...


Salah satu bilik yang ada kat The Datai Hotel Langkawi. Perghhh..Cozy sangat!


Sebelum tu kena lasurvey cheap The Datai Hotel Langkawi booking untuk tau ratepenginapan kat sana kan? Penting ni tau untuk plan budget. Ye la, selain penginapan, perbelanjaan lain kena ambil kira jugak. Korang pun kalau nak pergi cuti ke mana-mana kena buat macam ni ok. Bukan sebab kedekut. Tapi apa-apa pun memang kena ada budget plan. Baru la tak terover budget. Lagi satu boleh kumpul duit sesiap. Haaa...gitu la kaedahnya.


Jadi, misi utama sekarang kena penuhkan tabung percutian sesambil bekerja keras capai target. Semoga Allah permudahkan dan tercapai la target CikSha hendaknya. Teringin jugak nak belanja suami dan anak-anak dari hasil titik peluh CikSha pulun buat bisnes online tu. Mudah-mudahan. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Lepas ni hari-hari kena menatap gambar view The Datai Hotel Langkawi kat vision board untuk bagi semangat capai target. Hihi.

Viewing all 239 articles
Browse latest View live